Wednesday, February 1, 2012

DUIT BUKANLAH SEGALANYA TETAPI SEMUA INI PERLUKAN DUIT...!!


SILA ISI BUTIRAN ANDA UNTUK DAPATKAN SEBUTHARGA SECARA PERCUMA
http://prubsn-northenregion.blogspot.com/p/dapatkan-quotation-percuma.html
MIN DEWASA RM100 DAN KANAK-KANAK RM50


Wednesday, November 16, 2011

COMPANY AKU DAH ADA MEDICAL CARD CUKUPLA.

Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card.....???

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited....

Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Hang tau dari awal ke yang hang akan kena sakit nie?...." atau "hang memang nak ke, sakit nie terkena kat hang"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah RM 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman RM150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.

SILA ISIKAN QUOTATION SECARA PERCUMA.

MISKIN SELEPAS PENCEN

Miskin selepas pencen?

Kerajaan telah menetapkan umur persaraan kakitangan kerajaan adalah pada 54 atau 58 tahun. Bagi sesetangah pekerja wanita, diusia sebegini memang mereka mengalu-alukan persaraan ini, malah ada yang membuat keputusan bersara lebih awal daripada itu. Namun bagi sesetengah pekerja lelaki, diusia begini mereka sebenarnya masih mempunyai kudrat yang kuat lagi untuk meneruskan kerja. Namun begitu persaraan harus dititikberatkan dan diterima dengan hati yang terbuka.

Ramai diantara mereka yang telah pencen, sewaktu bekerja mereka hidup dengan selesa. Namun selepas pencen saja, kedudukan kewangan jatuh teruk. Di mana silapnya? Tempoh hayat seseorang selepas pencen ada lagi berbaki selama 2o tahun (berdasarkan purata jangka hayat orang2 Malaysia). Adakah simpanan KWSP mahupun duit pencen yang anda terima mampu menampung kehidupan anda selama 20 tahun itu? Jawapannya TIDAK.

Oleh itu, kesedaran awal dikalangan kakitangan kerajaan, terutamanya bagi mereka yang masih bujang dan mereka yang baru bekeluarga. Perancangan kewangan amat penting. Pakar mengatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sebanyak RM500,000.00. Cuba conggak simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Dan anda kena peka dengan kadar inflasi buat masa ini. Contohnya saat ini inflasi di negara kita adalah sekitar 8%. Jika mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM500,000.00 ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna anda kena mengandakan lagi jumlah wang simpanan anda!

Kesilapan banyak pekerja kakitangan kerajaan adalah, khususnya yang bujang, mereka gemar membuat pinjaman peribadi yang bukan benar-benar di*****kan. Ada yang meminjam untuk dijadikan deposit kereta, kahwin, sekadar suka-suka dan sekadar ingin bergaya! Sudahnya saat slip gaji sampai ditangan dan melihat potongan pinjaman tersebut, barulah mereka terasa sesakknya. Duit yang dipinjam lebih senang dilaburkan untuk hiburan berbanding untuk melabur ataupun digunakan sebagai modal perniagaan.
Sebetulnya untuk anda memulakan perancangan kewangan, pada awalnya amatlah sakit. Tapi saat anda melihat usaha anda berhasil, percayalah perkara ini akan menjadi kebiasaan. Ada yang malu untuk sentiasa mengemaskini kewangan mereka. Takut dilabel sengkek, kedekut dan sebagainya. Sedangkan perkara ini adalah melibatkan keseluruhan hidup anda. Andalah yang berhak tentukan keselesaan ini agar tidak menyusahkan orang lain.


Friday, August 12, 2011

KEHIDUPAN KITA MEMPUNNYAI RISIKO YANG SAMA


Saya percaya setiap orang mempunya risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG
Kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada saya macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja.
BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG.

facebook

2. HIDUP TERLALU LAMA
Semua manusia mahukan umur yang panjang, Kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. Apakah akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda? Berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen umur 55, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi kita perlukan dana untuk meneruskan kelansungan hidup. Apakah nombor anda sebaik sahaja anda bersara?

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 1000 sebulan, maka RM1000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 240,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 2000 sebulan, maka RM2000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 480,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 5000 sebulan, maka RM5000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 1,200,000 (Anda mesti ada pada 55)

*Pengiraan di atas belum dimasukkan fakto inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya adalah hanya RM100,000 sahaja jumlah apabila kita mencapai umur 55?

old_and_alone_gif

3. LIVING DEATHAnda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita ada duit, kalau tak ada macamnana nak dapat rawatan. Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat anda bekerja? Tetapi soalannya
i) SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU??

ii)SYARIKAT ANDA MELINDUNGI ANDA SEHINGGA UMUR 55 SAHAJA....SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI...SEKIRANYA boleh harganya adalah 5x ganda...MAMPUKAH KITA??SEKIRANYA TIDAK MAMPU, ADAKAH ANDA MAHU MENGGUNAKAN WANG KWSP ANDA UNTUK MEMBAYAR BIL HOSPITAL??
iii)ANDAKAH ANDA SANGGUP BERATUR PANJANG DENGAN ORANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN???

living death

4. SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK DAN PERSARAAN
Takaful adalah satu medium yang menggalakkan anda menyimpan untuk pelajaran anak dan persaraan anda. Dengan manfaat yang diberikan duit simpanan anda akan "CONTINUE GROWING" walaupun anda diagnose penyakit kritikal.

Wednesday, May 25, 2011

SEBAB UTAMA PEMINJAM GAGAL BAYAR HUTANG



Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi
KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.
Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.
“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.
Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.
Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.
Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.
Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.
“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Get a Quotation

SILA EMAIL SAYA UNTUK DAPATKAN QUOTATION PERCUMA


1. NAMA
2. TARIKH LAHIR
3. MEROKOK ATAU TIDAK
4. NO PHONE
5. TEMPAT TINGGAL
6. BAJET ANDA

email: Apitmatla@yahoo.co.uk

012-3492062 (HAFIZ)
019-4201574 (FAIZAL) 


Thursday, May 19, 2011

ADAKAH ANDA PERCAYA BAKI DI KWSP ANDA...TIDAK MENCUKUPI???

Percayakah anda hanya berjaya menghasilkan pencen sebanyak RM333.33 sahaja dengan wang KWSP atau wang simpanan terlonggok pada umur 55tahun dengan nilai simpanan sebayak RM100,000 (sekali tengok mcam banyak aje kan)

Bagaimana seseorang itu medapat angka pencen ini? Saya menggunakan pengiraan mudah..


  1. Baki di KWSP atau simpanan wang terlonggok pada umur 55tahun adalah RM 100,000
  2. Jika disimpan di bank dengan keuntungan yang di kongsi sebanyak 4% setahun,ini akan menghasilkan RM4000
  3. RM4000 dibahagikan 12 (12bulan dalam setahun) hanya RM333.33 sebulan.
Hehehe,,mudah bukan.Jangan terperanjat dengan nilai yang kecil tu...
saya andaikan contoh ini adalah wang yang kita tidak benarkan sentuh..
itu belum termasuk kos perubatan lagi...kerana saya yakin dalam umur begini mcam-macam la penyakit akan datang....bukan nak menakutkan orang ramai..memang realiti..cuma orang kita tidak mengakuinya...






untuk sebarang persoalan sila hubungi
HAFIZ (012-3492062)
FAIZAL (019-4201574)

Tuesday, May 17, 2011

Apa itu AUTOSAVING??












Auto Saving, sekiranya anda disahkan menghidap satu antara 36 penyakit kritikal, anda tidak perlu lagi membayar premium anda free tau. Prudential yang akan membayar untuk anda sehingga umur tua!.lihat graf diatas contohnya anda baru mencarum 3tahun dan kemudian disahkan mengalami penyakit kritikal pada umur 30tahun ini bermakna anda layak menikmati kemudahan Autosaving. Sekiranya keluarga di bawah tanggungan anda mempunyai pelan Prudential yang berasingan mereka juga tidak perlu lagi membayar sebarang premium, Prudential yang akan membayar untuk mereka. Untuk anak anda pula yang menambah PRUlink education plan, sekiranya berlaku perkara tersebut ke atas diri anda, simpanannya terjamin sehingga umur 25 tahun. So macam mana,,bank tidak akan bagi kelebihan mcam ini..
Sila hubungi untuk maklumat lanjut…
012-3492062 (hafiz)
019-4201574(faizal)
From prudential northern region team..