Wednesday, November 16, 2011

COMPANY AKU DAH ADA MEDICAL CARD CUKUPLA.

Ada Medical Card Company? Tapi masih perlu Medical Card.....???

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, "Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited..." atau ada juga yang bagitau saya, "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru amik"

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tenpa anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited....

Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)....limitnya adalah...

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?...Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?...Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?...

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri...

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?...Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda.."Haaa, masa tu baru le amik medical card.."....jawapan saya "...Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang...sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you....masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF....bagaimana hari tua anda?....EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital....Fikirkan lah sendiri.."

KEDUA - Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital...pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Hang tau dari awal ke yang hang akan kena sakit nie?...." atau "hang memang nak ke, sakit nie terkena kat hang"...cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya....anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini.....kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya....kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah RM 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dalam pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman RM150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.

SILA ISIKAN QUOTATION SECARA PERCUMA.

MISKIN SELEPAS PENCEN

Miskin selepas pencen?

Kerajaan telah menetapkan umur persaraan kakitangan kerajaan adalah pada 54 atau 58 tahun. Bagi sesetangah pekerja wanita, diusia sebegini memang mereka mengalu-alukan persaraan ini, malah ada yang membuat keputusan bersara lebih awal daripada itu. Namun bagi sesetengah pekerja lelaki, diusia begini mereka sebenarnya masih mempunyai kudrat yang kuat lagi untuk meneruskan kerja. Namun begitu persaraan harus dititikberatkan dan diterima dengan hati yang terbuka.

Ramai diantara mereka yang telah pencen, sewaktu bekerja mereka hidup dengan selesa. Namun selepas pencen saja, kedudukan kewangan jatuh teruk. Di mana silapnya? Tempoh hayat seseorang selepas pencen ada lagi berbaki selama 2o tahun (berdasarkan purata jangka hayat orang2 Malaysia). Adakah simpanan KWSP mahupun duit pencen yang anda terima mampu menampung kehidupan anda selama 20 tahun itu? Jawapannya TIDAK.

Oleh itu, kesedaran awal dikalangan kakitangan kerajaan, terutamanya bagi mereka yang masih bujang dan mereka yang baru bekeluarga. Perancangan kewangan amat penting. Pakar mengatakan, untuk hidup selesa selepas pencen, anda memerlukan simpanan sebanyak RM500,000.00. Cuba conggak simpanan anda, adakah anda telah menyimpan separuh daripada jumlah ini? Dan anda kena peka dengan kadar inflasi buat masa ini. Contohnya saat ini inflasi di negara kita adalah sekitar 8%. Jika mengikut peraturan 72 oleh pakar-pakar ekonomi, jika dibahagikan jumlah ini, ia bermakna untuk 9 tahun akan datang, nilai RM500,000.00 ini akan mempunyai kuasa belian hanya sebanyak RM250,000.00 sahaja! Ini bermakna anda kena mengandakan lagi jumlah wang simpanan anda!

Kesilapan banyak pekerja kakitangan kerajaan adalah, khususnya yang bujang, mereka gemar membuat pinjaman peribadi yang bukan benar-benar di*****kan. Ada yang meminjam untuk dijadikan deposit kereta, kahwin, sekadar suka-suka dan sekadar ingin bergaya! Sudahnya saat slip gaji sampai ditangan dan melihat potongan pinjaman tersebut, barulah mereka terasa sesakknya. Duit yang dipinjam lebih senang dilaburkan untuk hiburan berbanding untuk melabur ataupun digunakan sebagai modal perniagaan.
Sebetulnya untuk anda memulakan perancangan kewangan, pada awalnya amatlah sakit. Tapi saat anda melihat usaha anda berhasil, percayalah perkara ini akan menjadi kebiasaan. Ada yang malu untuk sentiasa mengemaskini kewangan mereka. Takut dilabel sengkek, kedekut dan sebagainya. Sedangkan perkara ini adalah melibatkan keseluruhan hidup anda. Andalah yang berhak tentukan keselesaan ini agar tidak menyusahkan orang lain.