PRUBSN UMMAH

 


PRUBSN UMMAH adalah plan simpanan tambahan disamping simpanan tabung haji. PRUBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan nda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.


Manfaat PRUBSN UMMAH adalah seperti berikut.





1.Manfaat-manfaat Haji/Umrah.
* Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
* Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji(Upah orang tunaikan haji).
* Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

2.Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

 
* Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
* Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
* Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.


3.Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.
* Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.


4.Tingkatkan simpanan anda
* Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.


5.Manfaat-manfaat penyakit kritikal.
* Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.

6.Bonus Loyalti.
 * Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
* Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,(tertakluk kepada terma dan syarat)


7.Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk plan ini.
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
• umur anda
• jumlah dan terma perlindungan anda
• status kesihatan anda
• jantina anda
• pekerjaan anda (jika berkenaan)
• kaedah pembayaran anda
• kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun


Soalan-soalan Berkaitan PRUBSN UMMAH

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?


Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 - 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

 Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
• Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
• Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
• Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau meninggal dunia
Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji. Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak
anda.
Jaminan Rukun Islam ke-5 Terlaksana (Badal Haji)