TAKAFUL PUTERI


Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.
Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari. Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.
Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupananda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

[ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]

Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita
yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Manfaat Penjagaan Ibu
yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
MANFAAT PENJAGAAN WANITA Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita:-Kanser payudara atauKanser Uterus Serviks atauKanser Tiub Falapio atauKanser Ovari atauKanser Uterus atau
Kanser Vagina/Vulva
atau
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.


Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atauPembedahan Rekonstruksi Payudara atauPembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atauGraf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

MANFAAT PENJAGAAN IBU
Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan:-Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atauKehamilan Ektopik atauKeguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atauKematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.Penyakit-penyakit Kongential Bayi:-Sindrom Down atauKecacatan Vetrikel Septum atauKecacatan Atrium Septum atauSpina Bifida atauLelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran

Untuk Memudahkan Pemahaman 

Sila Teliti Jadual Di Bawah.

Penguacualian Takaful Puteri?
Pengecualian umum tersebut ialah:-Manfaat Penyakit Wanita• Kecederaan yang disengajakan
• Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam
• AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV
• Alkohol atau penyalahgunaan bahan / ketagihan
• Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
• Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastik (melainkan diperlukan akibat kecederaan dari kemalangan atau penyakit)
• Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman skuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-mana aktiviti atau sukan yang merbahaya.
Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan Penyakit Kongenital Bayi sahaja adalah:• Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro
• Pilihan menamatkan kehamilan selain daripada sebab-sebab perubatan
Tempoh HidupManfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat:
• Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat
Penjagaan Wanita atau Kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
• Anak kepada Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah
Kategori Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
Tempoh Menunggu• Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing; dan simptom
pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual di bawah.
Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).


Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing; dan simptom pertama boleh kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual di bawah.



Tempoh menunggu bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).


Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon rider Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus.

• Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh lahir akan datang
• Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
• Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayar sehingga umur 50 tahun sahaja.